Yhteenveto: | Pengajian kebudayaan Melayu telah dimulakan oleh orang Melayu sendiri semenjak tertulisnya hikayat-hikayat, sejarah atau undang-undang lama. Pujangga-pujangga Melayu lama telah meninggalkan kepada kita satu warisan yang kaya, yang menjadi bahan pula bagi sarjana-sarjana yang datang kemudian. Barangkali kita kenali nama seperti Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji, Abdullah bin Abdul Kadir Munshi dan Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba), tetapi terdapat beratus lagi barisan pujangga bangsa kita. Hasil-hasil mereka merupakan khazanah pengetahuan yang tidak ternilai.
|