Kelakuan model tanah bertetulang dibawah beban statik /

Objektif kajian ialah mengkaji sifat kelakuan model struktur tanah bertetulang di bawah beban statik mengunakan du bahan kambus balik yang berbeza iaitu tanah pasir dan tanah laterit. Projek ini akan menerangkan kelakuan model struktur tanah bertetulang di bawah beban statik mengunakan dua bahan kam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 368230 Mohamad Harris Ahmad Zahid
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Subjects:
Description
Summary:Objektif kajian ialah mengkaji sifat kelakuan model struktur tanah bertetulang di bawah beban statik mengunakan du bahan kambus balik yang berbeza iaitu tanah pasir dan tanah laterit. Projek ini akan menerangkan kelakuan model struktur tanah bertetulang di bawah beban statik mengunakan dua bahan kambus balik yang tersebut diatas. Percubaan ujikaji akan dijalankan di makmal. Satu model makmal berukuran 87cm x 160cm x 100cm telah dibina dengan jalur aluminium sebagai tetulang dan kepingan perspek setebal 3mm berukuran 100cm x 160cm digunakan sebagai muka atau panel. Semasa pemasangan model dibuat, peralatan ditempatkan pada titik ujian untuk mengkaji kekuatan tegangan tetulang, di samping menyemak anggapan yang dibuat semasa rekabentuk. Daya tarikan pada tetulang selama 2B hari akan diukur oleh tolok keterikan. Sel beban pula digunakan untuk mengukur tekanan tegak didalam model. Keputusan yang diperolehi akan di analisis dan dibandingkan dengan nilai teori. Di akhir projek ini penulis akan mencadangkan beberapa panduan untuk kajian selanjutnya yang perlu dilakukan oleh pengkaji lain supaya dapat dibandingkan keputusan yang diperolehi dari model makmal dan struktur sebenar.