Puzzle solver : alat bantuan penyelesaian teka silangkata/

Teka silangkata merupakan satu permainan yang boleh digunakan sebagai latihan penguasaan perkataan bagi sesuatu bahasa yang tertentu. Sering dikaitkan sesebuah silangkata itu dengan sebuah kamus yang digunakan untuk mencari perkataan-perkataan yang tertentu, untuk dipenuhkan ke dalam petak-petak kos...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 406488 Abdul Rahman Abdul Latif
Format:
Subjects:
Description
Summary:Teka silangkata merupakan satu permainan yang boleh digunakan sebagai latihan penguasaan perkataan bagi sesuatu bahasa yang tertentu. Sering dikaitkan sesebuah silangkata itu dengan sebuah kamus yang digunakan untuk mencari perkataan-perkataan yang tertentu, untuk dipenuhkan ke dalam petak-petak kosong yang terdapat di dalam silangkata berkenaan. Pembangunan aplikasi Puzzle Solver, yang merupakan alat bantuan penyelesaian teka silangkata ini adalah bertujuan, menyediakan satu alat bantuan untuk mencari perkataan-perkataan yangbersesuaian dengan pembayang yang diberikan oleh pengguna. Kesemuanya berorientasikan teknologi komputer yang kian berkembang. Walaupun demikian, aplikasi ini hanya tertumpu kepada bantuan menyenaraikan perkataan-perkataan yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam petak-petak silangkata, dan tidak mempunyai sebarang konsep kepintaran buatan, yang boleh membuat keputusan terhadap perkataan yang sesuai dan tepat untuk menyelesaikan sesuatu teka silangkata.Pembangunan aplikasi ini meliputi penyediaan perantaramuka bergrafik, kamus prototaip bagi dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, serta bantuan mencari perkataan di dalam kamus berdasarkan bilangan huruf bagi perkataan dan juga huruf-huruf pembayang bagi perkataan tersebut yang diberikan.