Sistem pendaftaran matapelajaran Fakulti/

Perisian yang bertajuk Sistem pendaftaran matapelajaran fakulti merupakan sebuah perisian yang dibangunkan melalui projek ini yang bertujuan untuk memperkemaskan lagi proses pendaftaran matapelajaran yang dilakukan secara insanidi Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Ma...

Full description

Bibliographic Details
Format:
Subjects:
Description
Summary:Perisian yang bertajuk Sistem pendaftaran matapelajaran fakulti merupakan sebuah perisian yang dibangunkan melalui projek ini yang bertujuan untuk memperkemaskan lagi proses pendaftaran matapelajaran yang dilakukan secara insanidi Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia. Dengan adanya perisian ini, diharapkan supaya segala maklumat yang berkaitan dengan pendaftaran matapelajaran yang dilakukan oleh pelajar dapat diperolehi dengan lebih mudh, cepat dan cekap. Sistem yang dibangunkan ini dapat mengendalikan beberapa pendaftaran matapelajaran secara serentak di mana beberapa buah komputer peribadi yang dihubungkan dengan rangkaian setempat perlu digunakan. Fail-fail pangkalan data yang digunakan beserta dengan segala fail yang berkaitan dengannya disimpan di dalam pelayan rangkaian setempat supaya maklumat boleh diolah secara talian terus. Sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Clipper 5.0, di dalam persekitaran komputer peribadi. perkakasan yang digunakan adalah ALR Business Veisa 386DX dengan kelajuan 33 MHz, dan IBM PC 80286 Model 30 yang dihubungkan dengan rangkaian kawsan setempat Novell Netware V3.11. Adalah disarankan supaya sistem ini dilarikan di komputer peribadi yang menggunakan sistem pengoperasian MS-DOS 5.0 atau yang serasi dengannya.