總結: | Sistem maklumat pentadbiran ISK merupakan satu sistem yang dibangunkan dengan tujuan memudahkan perjalanan pentadbiran supaya lebih cepat dan lebih cekap. Sistem ini adalah berdasarkan kepada sistem yang sedia ada di Institut Sains Komputer. Sistem yang telah sedia ada di ISK dikomputerisasikan dengan tujuan perjalanan pentadbiran bertambah cepat dan cekap. Sistem yang dibangunkan berkeupayaan untuk mencapai, menyimpan dan menjana laporan dengan cepat sekali. Laporan yang dijanakan adalah didalam bentuk yang mudah difahami. Ada dua jenis laporan iaitu laporan yang dipaparkan dilayar paparan dan laporan yang dicetak di pencetak. Perkara yang lebih penting di dalam sistem ini ialah maklumat yang tersimpan adalah lebih selamat daripada kehilangan, kecurian atau pun yang semakna dengannya. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sistem ini terbahagi kepada 4 bahagian besar iaitu maklumat pensyarah, maklumat pelajar, maklumat kakitangan Institut Sains Komputer dan maklumat peralatan makmal di Institut Sains Komputer. Semoga dengan adanya sistem ini, pentadbiran di Institut Sains Komputer akan lebih teratur dan cekap. Mudah-mudahan dengan adanya sistem ini, kakitangan Institut Sains Komputer akan menjalankan kerja dengan lebih teratur dan berprosidur.
|