Summary: | PKENJ merupakan agensi utama dalam pembangunan ekonomi di peringkat Negeri Johor. Salah satu kegiatannya ialah membina rumah. Memandangkan mustahaknya rumah kepada seluruh rakyat Negeri ini, maka PKENJ telah mengambil langkah positif dengan membina banyak rumah. Apabila rumah-rumah tersebut telah siap, masalah lain berlaku di mana rumah-rumah tersebut tidak dapat dijual sepenuh. Pembeli tidak berkemampuan untuk membelinya bukan sahaja dari segi jumlah yang perlu dibayar tetapi disebabkan oleh faktor sikap masyarakat yang belum terdedah dengan kehidupan di rumah pangsa. Dalam menghadapi keadaan ini, PKENJ telah merangka beberapa strategi. Antara langkah yang diambil termasuklah aktiviti promosi yang aggresif, memperkenalkan skim sewabeli, penurunan harga dan sebagainya. Jadi, penulisan kajian ini adalah berkaitan dengan strategi pemasaran yang dijalankan dalam memasarkan unit-unit rumah di Taman Cempaka. Untuk melihat keberkesanan startegi-strategi tersebut, satu pengukuran dilakukan dengan membuat perbandingan pencapaian di antara masa selepas strategi dengan masa sebelum strategi dilaksanakan
|