Summary: | Projek ini merupakan projek Pengurusan Spektrum Frekuensi Tinggi fasa ke-2. Di dalam projek ini penumpuan diberikan kepada mewujudkan pengkalan data untuk tiga jenis data utama yang dapat membantu menjayakan projek ini. Tiga jenis data tersebut adalah Data Frekuensi Rujukan, data Frekuensi Penggunaan dan Data Pemegang Lesen. Data Frekuensi Rujukan merupakan frekuensi rujukan yang disediakan oleh ITU di Geneva yang harus dipatuhi oleh semua negara. Data Frekuensi Penggunaan merupakan data yang menjadi dasar frekuensi Kebangsaan. Ia mengandungi maklumat seperti nama pelanggan, nombor rujukan dan frekuensi yang ditugaskan. Data Pemegang Lesen mengandungi butir-butir penting mengenai pemegang lesen seperti nama, alamat, nombor rujukan dan tarikh penamatan sesuatu saluran frekuensi. Gambarajah rekbentuk juga disediakan untuk membolehkan penerangan jelas mengenai peruntukkan frekuensi pada dasarnya.
|