Summary: | Penggunaan komputer sekarang telah berkembang dengan begitu pesat sekali dan kini komputer tidak lagi dianggap sebagai barang mewah. Kebanyakan maslah yang dihadapi oleh pemilik dan pengguna komputer pada kebiasaannya mempunyai penyelesaian yang mudah dan hanya sebahagian kecil sahaja kerosakan yang boleh dikesan memerlukan peteri digunakan ke atas mana-mana bahagian litar komputer tersebut. Selaras dengan tujuan tersebut, suatu projek telah diusahakan untuk mengenali jenis kerosakan pada komputer dan cara membaikinya dengan bantuan suatu aturcara komputer yang berkebolehan menguasai kepakaran manusia. Perisian yang direkabentuk dikenali sebagai "Computer Failure Diagnostics System Versi 3.0 (CFDS 3.0)" merupakan perisian mesra kepada pengguna yang berkebolehan mengenalpasti kerosakan komputer, berpandukan kepada petanda yang digambarkan oleh pengguna. Untuk projek ini, model terbaru PS/2 dengan pemproses jenis 80386 digunakan sebagai model. Perisian Turbo Prollog Versi 2.0digunakan untuk menulis perisian ini kerana ciri-ciri asasnya seperti prinsip resolusi. Ciri penyatuan dan penjejakan balik, pengaturcaraan bermodul dan pengorganisasian ingatan yang baik yang menyokong pengaturcaraan sistem pengaturcaraan sistem pakar. Walaupun projek ini telah berjaya disiapkan, ianya perlu diperbaiki lagi di masa depan untuk menghasilkan suatu sistem pakar yang sempurna.
|