Sistem maklumat zoo negara /

Sistem Maklumat Zoo Negara merupakan satu sistem prototaip yang dibangunkan dalam kajian ini dengan menggunakan pakej aplikasi HyperCard pada komputer jenis Macintosh Classic. Sistem ini adalah bertujuan untuk membantu pihak pengurusan Zoo khususnya Unit Pendidikan Zoo di dalam menyediakan maklumat...

Cijeli opis

Bibliografski detalji
Glavni autor: 271658 Norlinda Lim Abdullah @ Lim Guat Eng
Format:
Teme:
Opis
Sažetak:Sistem Maklumat Zoo Negara merupakan satu sistem prototaip yang dibangunkan dalam kajian ini dengan menggunakan pakej aplikasi HyperCard pada komputer jenis Macintosh Classic. Sistem ini adalah bertujuan untuk membantu pihak pengurusan Zoo khususnya Unit Pendidikan Zoo di dalam menyediakan maklumat Zoo berkaitan dengan haiwan dengan lebih terperinchi seperti mana yang diperlukan oleh pihak orang awam dan pihak penuntut serta pendidik. Walupun pada masa kini, pihak Zoo Negara mempunyai satu sistem maklumat berkomputer tersendiri, namun maklumat yang dikumpulkan adalah tidak lengkap bagi memenuhi kehendak orang awam dan sistem yang sedia ada ini didapati lebih ke arah membantu dalam tugas pengurusan harian Zoo sahaja. Sistem kajian ini telah membina satu pengkalan data yang sederhana dengan menggabungkan maklumat yang berbentuk grafik dan teks. Bentuk maklumat yang disampaikan adalah lebih menarik memandangkan ia juga dikhususkan kepada pihak orang termasuk institusi pendidikan. Di samping itu, dari segi pengurusan, proses penyelenggaran maklumat dapat dipermudahkan manakala proses capaian maklumat yang diperlukan dipercepatkan serta menjimatkan masa. Diharap dengan sistem aplikasi yang dibangunkan ini boleh dijadikan sebagai sumber penerangan di Zoo Negara. Maklumat yang disalurkan kepada pengunjung akan dapat memberi gambaran perkembangan Zoo dan hidupan haiwan di sini. Ini secara langsung akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke sini.