Summary: | Kandungan kimia bagi ekstrak daripada rizom Alpinia purpurata telah dikaji. Komponen-komponennya diasingkan dengan kaedah kromatografi dan dikenalpasti dengan kaedah spektroskopi ultralembayung, inframerah dan resonans magnet nukleus (1H). Empat sebatian semula jadi tulen telah dapat diasingkan. Komponen utamanya dikenalpasti sebagai sebatian diterpena jenis labdana, labdana 8(17), 12-diena-15, 16-dial. Tiga komponen minornya pula dicadangkan sebagai sebatian lakton, sebatian diterpena dan sebatian fenolik.
|