Zusammenfassung: | Pada masa ini di Bahagian Elektrik, Sekolah Menengah Vokasional sistem daftar inventori peralatan di bengkel menggunakan buku daftar inventori secara manual yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Biasanya jawatan petugas inventori terdiri daripada guru-guru yang terlibat mengajar matapelajaran teknikal, kerana guru ini sering menggunakan peralatan tersebut ketiga kelas amali dijalankan. Petugas inventori mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pengurusan stor seperti mengemaskini alatan, memeriksa alatan, memastikan jumlah alatan dan keadaan alatan. Ada kalangan guru petugas inventori menghadapi berbagai-bagai masalah dalam pengurusan stok peralatan. Antara masalah-masalah itu ialah: 1. Mengambil masa yang lama mencari nama peralatan di dalam buku daftar inventori dan guru terpaksa meneliti satu persatu nama alatan. 2. Di dalam buku inventori tidak ada catatan spesifikasi alatan dan guru petugas terpaksa membuat spesifikasi setiap kali pembelian tambahan dibuat. 3. Penyemakan jumlah alatan hanya dilakukan oleh guru petugas sahaja kerana tiada salinan untuk diagihkan kepada guru lain. Dari masalah di atas, terlintas di fikiran saya untuk merekacipta sistem daftar inventori secara berkomputer yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada guru-guru teknikal yang terlibat dengan sistem inventori peralatan di Sekolah Menengah Vokasional. Perisian ini mampu melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mempamerkan alatan mesin dan alatan tangan secara satu-persatu dan menyeluruh dengan hanya menggunakan nombor kod alatan itu sahaja. 2. Mengemaskini alatan ketiga membuat rekod alatan baru atau lama dengan cara menggunakan kod alatan pada komputer. Data yang dikehendaki akan dipaparkan dengan segera. 3. Mempamerkan meklumat lengkap spesifikasi alatan mesin dan tangan. 4. Mencetak senarai alatan tangan atau alatan mesin kedua-dua sekali pada masa yang sama. Perisian ini diuji keberkesanannya kepada guru-guru petugas yang terlibat secara lansung dengan penyenggaraan peralatan di Sekolah Menengah Vokasional. Daripada hasil tinjauan, didapati keputusan adalah positif sekali, iaitu penggunaan perisian ini lebih jauh berkesan daripada penggunaan jenis tradisional. Adalah diharapkan perisian inventori berkomputer ini akan dapat digunakan di Sekolah Menengah Vokasional dengan meluas pada masa akan datang.
|