Evaluasi projek pemulihan tanah terbiar kajian kes : Blok L20, Parit 7-Taliair 6, Sekinchan, Selangor Darul Ehsan /

Berbagai projek-projek pembangunan pertanian telah dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan petani luar bandar. Di antara projek-projek tersebut, Projek Pemulihan Tanah Terbiar merupakan projek yang dilaksanakan bagi memulihkan tanah-tanah terbiar terutama bagigolongan pesawa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 382931 Khairul Anuar Hairun
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Subjects:
Description
Summary:Berbagai projek-projek pembangunan pertanian telah dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan petani luar bandar. Di antara projek-projek tersebut, Projek Pemulihan Tanah Terbiar merupakan projek yang dilaksanakan bagi memulihkan tanah-tanah terbiar terutama bagigolongan pesawah padi. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi tujuan mengevaluasikan samada projek yang telah dilaksanakan mencapai kejayaan atau tidak. Ini disebabkan, kajian kejayaan atau tidak Projek Pemulihan Tanah Terbiar masih belum dilaksanakannya. Dalam perlaksanaan sesuatu projek pemulihan tanah terbiar, faktor-faktor seperti faktor fizikal, sosio-ekonomi, pengeluaran, pengurusan danpemasaran merupakan faktor yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kejayaan atau kegagalan projek. Elemen-elemen utama faktor-faktor ini telah dikaji secara teoritikal bagi menentukan keperluan-keperluan utama yang pperlu dibuat oleh pihak pelaksana dalam melaksanakan projek pemulihan tanah terbiar. Data diperolehi melalui soal selidi dan lawat periksa di tapak dan pejabat-pejabat berkaitan.Kaedah Evaluasi faktor-faktor tersebut ditentukan berdasarkan asas perbandingan antara prinsip teoritikal dan keadaan sebenar ditapak. Berdasarkan kepada kaedah pengevaluasian tersebut, analisis telah dibuat di mana projek ini telah berjaya di dalam sesetengah aspek dan tidak memenuhikehendak teoritikal di dalam aspek yang lainnya. Secara keseluruhan, analisis telah dibuat berdasarakn kaedah Nisbah-kos Faedah dan didapati projek ini menghasilkan pulangan yang menggalakkan. Cadangan-cadangan alternatif telah dikemukakan bagi mengurangkan masalah perlaksanaan projekpemulihan tanah terbiar di masa akan datang. Antara cadangan itu ialah memperbaiki sistem akaun petani, kawalan kos, sistem jadual penanaman dan sistem pengurusan projek.