Pengurusan penyelenggaraan bangunan di Kompleks Tun Abdul Razak Johor Bahru

Penulisan projek khas ini bertujuan untuk mengkaji siste pengurusan penyelenggaraan bangunan yang dijalankan di kompleks perniagaan dan pejabat. Bagi mencapai objektif projek khas ini kajian akan dibuat ke atas sistem pengurusa penyelenggaraan yang dijalankan di bangunan KOMTAR. Kajian perbandingan...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Autor principal: 321264 Azmi Ali
Formato:
Publicado em: Sekudai : UTM 1991
Assuntos:
Descrição
Resumo:Penulisan projek khas ini bertujuan untuk mengkaji siste pengurusan penyelenggaraan bangunan yang dijalankan di kompleks perniagaan dan pejabat. Bagi mencapai objektif projek khas ini kajian akan dibuat ke atas sistem pengurusa penyelenggaraan yang dijalankan di bangunan KOMTAR. Kajian perbandingan juga akan dibuat diantara teori dan praktis pengurusan penyelenggaraan bangunan bagi menentukan sejauh mana praktis pengurusan penyelenggaraan di KOMTAR mengikuti teori-teori pengurusan penyelenggaraan bangunan. Dari analisis perbandingan yang dibuat kelemahan-kelemahanyang ada didalam sistem pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan di bangunan KOMTAR akan dinyatakan dan cadangan-cadangan untuk memperbaikinya akan dikemukakan. Bab Satu mengandungi penyataan masalah, objektif kajian, skop dan metodologi kajian yang digunakan dalam menyiapkan projek khas ini. Bab Dua menerangkan tentang pengurusan penyelenggaraan bangunan dari segi teori. Bab Tiga pula menerangkan tentang sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan yang dipraktiskan di Bangunan KOMTAR.Bab Empat menunjukkan perbandingan di antara teori dan praktis pengurusan penyelenggaraan bangunan. Bab Lima pula menunjukkan kelemahan-kelemahan yang ada didalam sistem pengurusan penyelenggaraan yang dipraktiskandi bangunan KOMTAR dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki kelemahan itu. Bab Enam pula mengandungi kesimpilan kajian dan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan.