Penggunaan analisis aliran untuk mengukur struktur dan bentuk interaksi bandar utama dengan bandar-bandar kecil di sekitarnya: kajian kes : Negeri Perlis/

Wilayah bukan berfungsi sebagai satu tempat tinggal sahaja, tetapi ia juga merupakan satu sistem jaringan Interaksi sosial, ekonomi dan fizikal. Proses Interaksi ini dibentuk melalui pertalian antara pusat petempatan, iaitu berlaku melalui penduduk yang tinggal di pusat petempatan kecil ke pusat uta...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 274890 Teoh, Chel Ghee
Format:
Subjects:
Description
Summary:Wilayah bukan berfungsi sebagai satu tempat tinggal sahaja, tetapi ia juga merupakan satu sistem jaringan Interaksi sosial, ekonomi dan fizikal. Proses Interaksi ini dibentuk melalui pertalian antara pusat petempatan, iaitu berlaku melalui penduduk yang tinggal di pusat petempatan kecil ke pusat utama untuk mendapatkan perkihidmatan sosial dan ekonomi. Melalui pertalian ini, pendudu di sekitar bandat utama akan mendapat pelbagai input dan jenis perkhidmatan bandar untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan memasarkan hasil keluaran mereka. Oleh itu itu kajian ini adalah bertujuan untuk membuktikan peranan dan kepentingan proses aliran dan interaksi antara pusat petempatan dan implikasinya kepada perancangan. Dengan memilik Negeri Perlis sebagai kawasan kajian. Kajian ini telah menggunakan analisis aliran sebagai satu alatuntuk mengukur kekuatan interaksi antara pusat petempatan. Proses penyelidikan ini melibatkan pengumpulan maklumat aliran mod pengangkutan dan telefon, menterjelmakan maklumat ini dalam jumlah aliran orang, barangan dan maklumat, lakar dalam pelan aliran untuk menunjukkan struktur dan bentuk interaksi. Seterusnya teknik statistik telah digunakan untuk mengukur faktor aliran. Melalui analisis aliran ini, kawasan tadahan bandar utama, fungsi dan hiraki pusat petempatan telah dapat dihasilkan. Hasi; akhir penyelidikan ini telah menunjukkan analisis aliran ini bukan sahaja merupakan satu idea untuk melihat sistem wilayah yang dinamik dan berinteraksi di dalamnya, tetapi kajian ini telah menunjukkan inplikasinya kepada strategi pembangunan pusat petempatan Negeri Perlis pada masa depan.