Resumo: | Penyelenggaraan bangunan adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan bangunan. Selain daripadamenaikkan nilai bangunan, ia juga memastikan bahawa bangunan dapat berfungsi dengan baik dan selamat bagi penggunabangunan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjagakualiti bangunan tersebut sebagai suatu perlaburan. Suatu penyelenggaraan yang baik akan memastikan bahawa bangunan adalah dijaga dengan baik, dengan mengambilkira keadaan bangunan tersebut dan objektif pemilik. Untuk itu, satu sistem penyelenggaraan yang terancang adalah diperlukan. Satu jadual lawat periksa yang telah dirancang akan memastikan bahawa semua aspek bangunan diperiksa dengan baik. Dengan itu apa-apa kerosakkan atau kemungkinan berlakunya kerosakan dapat dikesani dan langkah-langkah untuk mengatasinya diambil sebelum ia menjadi serius. Ini meliputi berbagai peringkat, termasuk analisis rekod-rekod lepas, merangka program lawat periksa, jadual lawat periksa dengan elemen-elemen bangunan tersebut, mengenalpasti kerosakan dan pembaikannya. Program penyelenggaraan juga memastikan bahawa sumber-sumber yang ada adalah digunakan dengan sebaiknya. Kajian ini yang dijalankan di Kampung Meranti, UTM, Skudai, boleh menjadi satu garis panduan kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan bangunan bagi menguruskan bangunan secara berkesan dan sistematik.
|