Masalah perlaksanaan penilaian semula untuk kadaran oleh pihak berkuasa tempatan (kajian kes : Majlis Daerah Kulai) /
Penilaian semula adalah satu proses yang penting bagi kadaran. Sebelum kadaran boleh dikenakan, satu senarai nilaian hendaklah disediakan. Untuk mendapatkan senarai nilaian, penilaian semula keatas setiap pegangan yang boleh dikenakan kadar mestilah dijalankan. Pembaharuan ke atas senarai nilaian he...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia,
1991
|
Subjects: |
Summary: | Penilaian semula adalah satu proses yang penting bagi kadaran. Sebelum kadaran boleh dikenakan, satu senarai nilaian hendaklah disediakan. Untuk mendapatkan senarai nilaian, penilaian semula keatas setiap pegangan yang boleh dikenakan kadar mestilah dijalankan. Pembaharuan ke atas senarai nilaian hendaklah dibuat untuk tempoh tiap-tiap limatahun sekali. Namun begitu hampir semua Pihak Berkuasa Tempatan di negara ini tidak berupaya untuk melaksanakan pembaharuan bagi tempoh lima tahun sekali. Kajian ini akan menumpukan kepada masalah yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyediakan senarai nilaian. Untuk menjalankan kajian ini, perlu diketahui apakah yang dimaksudkan dengan kadaran dan juga senarai nilaian. Proses penyediaan senarai nilaian juga perlu dijelaskan bagi mengetahui apakah yang perlu diikuti bagi mendapatkan senarai nilaian yang baru. Setelah masalah-masalah yang menyebabkan kelewatan dikenalpasti, maka cadangan-cadangan alternatif yang dijangka boleh menyelesaikan masalah yang ujud akan dikemukakan. |
---|