Perletakan industri penapis minyak sawit di kawasan perindustrian Pasir Gudang : beberapa pertimbangan dari sudut ekonomi /

Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama kepada pertubuhan ekonomi Negeri Johor. Dalam tahun 1990, sektor ini telah menyumbangkan kira-kira 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, Negeri Johor. Kawasan perindustrian yang terbesar dan terutama diNegeriJohor ialah Kaw...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 382454 Wee, Soon Chit
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Subjects:
Description
Summary:Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama kepada pertubuhan ekonomi Negeri Johor. Dalam tahun 1990, sektor ini telah menyumbangkan kira-kira 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, Negeri Johor. Kawasan perindustrian yang terbesar dan terutama diNegeriJohor ialah Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, dan kawasan ini merupakan pusat penapis minyak sawit yang terbesardi dunia. Buat masa ini, terdapat sejumlah sebelas (11) buah kilang yang beroperasi di sini. hasil kajian ke atas firma-firma penapis menunjukkan bahawa sebab-sebab utama yang mempengaruhi keputusan lokasi firma di kawasan ini ialah kerana ia mempunyai satu rangkaian kemudahan infrastruktur yang baik dan lengkap. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini merangkumi sebuah perlabuhan (Perlabuhan Johor), jalanraya, jalan keretapi, sistempembentungan, dan sistem komunikasi. Bahan mentah (minyaksawit mentah) juga mudah diperolehi, dan penumpuan industri di kawasan ini membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan didapati dengan senang. D alam pada itu, pihak pemaju, i.e Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ), hendaklah mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah-masalh seperti kemudahan awam, kemudahan mendapatkan bahan kimia penapis (bleaching earth), dan masalah kekurangan buruh, agar keistimewaan kawasan ini secara amnya boleh dipertingkatkan lagi.