Masalah kelewatan penyiapan pembinaan projek perumahan di peringkat pembinaan

Kelewatan penyiapan pembinaan projek perumahan pada masa yang ditetapkan merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi dalam industri binaan. Kelewatan ini menunjukkanwujudnya kelemahan pengurusan oleh kontraktor maupun gunawan dalam menjayakan kerja-kerja pembinaan.. Maka dengan itu, kajian dia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 386444 Zalena Kassim
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1991
Subjects:
Description
Summary:Kelewatan penyiapan pembinaan projek perumahan pada masa yang ditetapkan merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi dalam industri binaan. Kelewatan ini menunjukkanwujudnya kelemahan pengurusan oleh kontraktor maupun gunawan dalam menjayakan kerja-kerja pembinaan.. Maka dengan itu, kajian diadakan dengan memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang wujud di peringkat pembinaan yang menyebabkan berlakunya kelewatan penyiapan binaan. Antara perkara yang dikaji termasuklah :- -Pengurusan projek dalam industri binaan dan konsep asas pengawalan projek. -Klasifikasi kelewatan yang menerangkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dipertimbangkan semasa permohonan lanjutan masa dari gunawan. -Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di peringkat pembinaan yang membawa kepada masalah kelewatan penyiapan. Di samping mengkaji kesan akibat kelewatan tersebut. Bagi melengkapkan kajian, projek perumahan PKNS di pasir Penambang, Kuala Selangor dijadikan kajian kes. Analisis dilakukan ke atas masalah kelewatan yang diakibatkan oleh pihak kontraktor maupun gunawan. Di akhir penulisan, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memastikan bahawa masalah ini dapat dikurangkan pada projek akan datang.