Summary: | Negara Belanda merupakan negara yang pertama mengeluarkan blok konkrit memaperkenalkan di Malaysia pada tahun 1981. Ia terdapat di dalam berbagai bentuk dan ketebalan yang berbeza, 60mm, 80mm dan 100mm. Disamping itu ia dikeluarkan dalam berbagai warna dan boleh disusunatur mengikut citarasa dan kehendak pengguna. Penggunaannya lebih tertumpu kepada tempat-tempat seperti lalaun pejalan kaki, tempat letak kereta serta penggunaan yang berkaitan dengan lanskap. Pada tahun 1982, buat pertama kalinya ia digunakan sebagai bahan pembinaan jalanraya iaitu di Persimpangan Jalan Semangat--Jalan Barat di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Penggunaan seterusnya bagi pembinaan jalanraya beberapa faktor terutama kos permulaan telah terhenti disebabkan beberapa faktor terutama kos permulaan yang dikatakan tinggi berbanding dengan jalan bitumen yang biasa digunakan Malaysia. Oleh itu. melalui penulisan ini, penulis akan mengkaji kesesuain, keupayaan dan keberkesanannya sebagai bahan pembinaan jalanraya. Segala faktor yang berkaitan akan dianalisa. Disamping menganalisa blok konkrit memanca itu sendiri, perbandingan dengan jalan bitumen dan jalan konkrit juga akan dibuat. Diakhir penulisan ini nanti akan diketahui potensi blok konkrit memanca sebagai bahan pembinaan jalanraya diMalaysia.
|