Summary: | Kampung Baru Bukit Bakri dan Bukit Pasir adalah merupakan kampung-kampung baru penempatan semula yang ditubuhkan dimasa dharurat, didalam langkah menjamin keselamatan negara dan membenteras kegiatan komunis. Seperti kebanyakan kampung-kampung baru dharurat yang terdapat dinegara ini,penubuhannya tanpa perancangan yang komprehensif (hanya menitikan faktor-faktor keselamatan), keadaan fizikal perkawasannya yang bermutu rendah, ditambah pula dengan kadar pertambahan penduduknya yang pesat, membuatkan petempatan-petempatan ini mengalami berbagai bentuk masalah fizikal, ekonomi dan sosial.Kajian menunjukkan masalah semasa yang berlaku dikedua kampung baru ini ialah, kekurangan perumahan dan kesesakan dalam rumah, keadaan infrastuktur asas yagn kurang baik, ketidakcukupan kemudahan awam, pengangguran, kemiskinan dan pendapatan penduduk yang rendah, tingkat pelajaran penduduknya yang arendah, gejala-gejala sosial yagn tidak sihat, pentadbiran dan pengurusan perkawasan yagn kurang licin. Langkah-langkah mengatasi masalah semasa dan keperluan-keprluan jangkamasa akand atang dikedua petempatan ini adaslah perlu bagi membentuk petemaptan yang selesa untuk didiami. langkah-langkah positif ini juga adalah perlu memandangkan kepentingan petempatan-petempatan ini sebagaipusat-pusat tempatan bagi kawasan sekitarnya dan potensi perkembangannya kearah kegunaan bandar. Sebagai mengatasi masalah-masalah ini strategi-strategi perancangan pembangunan dikemukakan. Strategi-strategi ini merangkumi, strategi pembangunan am, strategi pembaikan struktur fizikal, strategi meningkatkan sosio ekonomi penduduk dan strategi penyusunan semula masyarakat.
|