Summary: | Tujuan tesis ini ialah mengemukakn masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat mengenai harta kawalan Sewa serta mencadangkan beberapa cara memngatasi masalah-masalah tersebut. Kandungan Akta Kawalan Sewa telah diterangkan tujuannya. Sejarah Akta Kawalan Sewa disiusun dari awal hingga tahun 1977. Masalah-masalah Kawalan Sewa ke atas bangunan-bangunan adalah masalah-masalah yagn dihadapi oleh tunanpunya, penyewa dan pihak awam. Masalah yang dihadapi oleh tuanpunya ialah seperti melepaskan ahrta dari Kawalan Sewa, keadaan bangunan dibawah Kawalan Sewa, mengendalikan peneywa-penyewa dan lain-lain. Masalah penyewa ialah seperti mendiami bangunan yang tidak ada kemudahan-kemudahan sempurna dan terpaksa mencari tempat lain jika harta didukdiduduki akan dimajukan. masalah pihak awam ialah perancangan yang tidak sejajar, keadaan-keadaan yang kurang mutunya dari segi pemandangan dan lain-lain. Beberapa cara mengatasi masalah-masalah telah dicadangkan. Cara-cara ini menumpukan perhatian kepada perancangan, Akta Kawalan Sewa dan kemampuan tuanpunya-tuanpunya. Contoyh nilaian bagi harta-harta Kawalan Sewa dengan menggunakan cara perbandingan dan cara pembangunan semula. Padas peringkat penutup telah dibincangkan perkara-perkara yang perlu dikaji sebelum membuat keputusan samada Akta Kawalan Sewa patut dibubarkan atau tidak.
|