Summary: | Malaysia, seperti negara-negara lain didunia dengan terdapatnya pembangunan serta perkembangan bandar, maka ujud penghijrahan penduduk-penduduk kebandar dan secara langsung menambahkan keperluan terhadap perumahan untuk semua golongan sehingga menyebabkan permintaan terhadap perumahan melebihi dari penawaran. Bersesuaian dengan keadaan ini, maka kajian ini akan menitikberatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah. Adalah didapati dengan peningkatan permintaan berbagai-bagai masalah yang timbul kepada pembeli rumah. Misalannya, bebanan kewangan yang disebabkan oleh harga rumah yang tinggi sedangkan kualiti rumah rendah mutunya dan terdapat juga pemaju yang cuba mengelakkan dari bertanggungjawab semasa tempuh liabiliti dan terdapat pembeli yang menjadi mangsa penipuan. Pihak kerajaan telah sedar akan masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah. Oleh itu beberapa sekim kemudahan pinjaman, penambahan penawaran rumah untuk golongan rendah dan menengah sedang dan akan dilaksanakan. Bagaimanapun ianya bukanlah perkara yang mudah, kerana ianya memerlukan koordinasi dari tiga pihak iaitu pemaju, pembeli dan pemerintah. Adalah baik sekiranya pengawalan terhadap perkara-perkara seperti kualiti bahan, pertukangan kerja, permintaan spekulatif yang hanya menguntungkan pihak beharta sedangkan golongan rendah dan menengah menjadi mangsanya. Peraturan perumahan haruslah diubahsuaikan dengan keadaan masyarakat. Adalah wajar sekiranya pihak kerajaan menubuhkan satu lembaga yang boleh menyelesaikan masalah-masalah pembeli rumah keranan perumahan yang cukup dan selesa akan dapat memperbaiki corak hidup masyarakat
|