Perancangan perumahan kos rendah melalui konsep kondominium di Wilayah Persekutuan/
Matlamat utama perancangan perumahan ialah menentukan supaya semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, diberi peluang yang sewajarnya untuk memiliki rumah. Perumahan jenis densiti rendah yang sedia ada telah menimbulkan masalah pembahagian lot yang tidak ekonomi, kekuran...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Subjects: |
Summary: | Matlamat utama perancangan perumahan ialah menentukan supaya semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, diberi peluang yang sewajarnya untuk memiliki rumah. Perumahan jenis densiti rendah yang sedia ada telah menimbulkan masalah pembahagian lot yang tidak ekonomi, kekurangan kawasan lapang untuk rekreasi dan kurangnya penyelenggaraan dalam komuniti. Kerajaan telah melaksanakan sekim perumahan kos rendah berdasarkan konsep kondominium dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat memiliki rumah dan mengatasi masalah perumahan semasa. Konsep kondominium adalah berdasarkan kepada pemilikan bersama dan pemeliharaan terhadap semua fasiliti secara berkongsi. Oleh yang demikian, objektif dissertasi ini ialah untuk mengkaji perancangan perumahan kos rendah berdasarkan konsep ini. Prinsip asasnya ialah penggunaan tapak secara optima. Faktor-faktor sosial, ekonomi dan fisikal dipertimbangkan. Penyediaan dan pengaturan kemudahan bertujuan untuk menggalakkan interaksi sosial. Cadangan pembangunan kondominium dinilaikan melalui kos pembangunan, penyesuaian dengan keadaan semasa dan kemampuan bakal penghuni untuk memilikinya. Melalui pembangunan kondominium ini adalah diharapkan objektif-objektif kajian ini dapat dicapai. |
---|