Summary: | Beserta dengan lahirnya manusia pertama, secara fitriah lahir pulalah agama tauhid, iaitu agama Islam. Manusia telah dipersiapkan dalam dirinya sendiri untuk mengenal Allah, Tuhan yang Maha Esa. Persiapan demikian ada pula pada setiap manusia yang sihat rohani dan jasmaninya. Manusia yang pertama telah menganut kepercayaan tau_ hid. Adam, tanpa belajar pada orang lain telah mengenal Allah dan berbuat sesuai dengan perintah-perintah Allah sebagaimana diyakininya. Secara fitriah pula kepercayaan itu diwariskan kepada anak-cucunya, sehingga sampai kepada masa kita sekarang ini. Tetapi ada perkara-perkara yang membuat manusia itu boleh menyimpang daripada kepercayaan semulajadi ini. Manusia mempunyai daya khayal, dan daya khayalnya itu kadang-kadang melingkupi daya fitrah semulajadinya, seolaholah kabut yang kadang-kadang tebal kadang-kadang tipis boleh mengaburkan cahaya matahari. Daya khayal manusia itu kadang-kadang boleh menutupi dan mengaburkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa. Di samping itu, pengalaman-pengalaman manusia di dalam hidup ini sering menjadi karat yang tertampal pada daya semulajadi itu; ini pun akan mempertebal rintangan yang menyebabkan manusia tak sanggup lagi "memandang" Tuhan sebagaimana ada-Nya.
|