Summary: | Matlamat projek ini adalah untuk membina satu "Analog Line Card" (ALC) yang merupakan satu sistem Pensuisan Telephone Analog. Ianya berupaya berfungsi sebagai satu Rangkaian Pensuisan Persendirian (PABX) yang tersendiri. Di samping itu, ia juga boleh diantaramukakan dengan Sistem Pensuisan Perkhidmatan Bersepadu ("Integrated Services Switching System" atau ISSS). ALC ini berupaya menampung sebanyak lapan set telephone analog dan membenarkan empat set telephone analog berkomunikasi serentak. Ia merupakan satu sistem pensuisan analog kecil yang terdiri daripada modul-modul yang berlainan. ALC ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu perkakasan dan perisian. Oleh kerana ia merupakan satu projek sambungan, penekanan tesis ini adalah pada aspek yang tidak diliputi dalam ALC I, II dan III, yang mana merupakan versi-versi lepas projek ini. ALC I adalah versi pertama ALC. Kebanyakan modul dibina dalam ALC II dan III pula, beberapa perubahan pada perkakasan sistem telah dibuat dan perisian juga telah ditulis.
|