Kajian perkembangan bandar Bachok : perincian kepada pelan perkawasan bandar baru Bachok/
Satu kajian terhadap kesesuaian perletakan gunatanah bandar telah dilakukan ke atas pelan perkawasan Bandar Baru Bachok. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada gunatanah yang dicadangkan di dalam pelan tersebut sesuai atau tidak dengan perkembangan bandar bachok di masa hadapan dan sesuai at...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
1991
|
Subjects: |
Summary: | Satu kajian terhadap kesesuaian perletakan gunatanah bandar telah dilakukan ke atas pelan perkawasan Bandar Baru Bachok. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada gunatanah yang dicadangkan di dalam pelan tersebut sesuai atau tidak dengan perkembangan bandar bachok di masa hadapan dan sesuai atau tidak dengan keadaan fizikal bandar Bachok. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan pandangan penduduk bandar Bachok dengan perancangan yang telah dibuat ke atas bandar bachok berdasarkan teori-teori yang digunakan di dalamkajian ini. Dengan sokongan teori-teori yang digunakan di dalam kajian ini didapati pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang terlibat di dalam penyediaan pelan perkawasan Bandar Baru Bachok perlulah mengkaji semula cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam pelan tersebut dengan mengambilkira beberapa pandangan penduduk yang boleh membantu memperkemaskan lagi kualiti perancangan ke atas bandar Bachok ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa; (1) Gunatanah pusat bandar perlu dialihkan ke tempat lain memandangkan pusat bandar sedia ada sudah tidak dapat berkembang lagi kerana terhalang oleh halangan-halangan fizikal; (2) Kawasan gunatanah perindustrian yang dicadangkan tidak sesuai kerana kawasan tersebut terdedah kepada hakisan pantai dan angin masin yang boleh merosakkan peralatan-peralatan kilang; (3) Memandangkan PantaiIrama merupakan nadi kepada perkembangan bandar bachok, maka perlulah diwujudkan beberapa elemen tarikan yang lain untuk mengekalkan tarikan pengunjung ke Pantai Irama; (4) Pengelompokan institusi kerajaan seperti Majlis Daerah Bachok, Pejabat Tanah & Jajahan Bachok dan lain-lain pejabat lagi adalah sangat sesuai dan sangat-sangat disenangi oleh penduduk bandar bachok; (5) Pembukaan tanah kerajaan seluas 10 hektar untuk pejabat-pejabat kerajaan dijangka akan memperkembangankan bandar Bachok selari dengan bandar-bandar lain di dalam negeri Kelantan; dan lain-lain lagi. |
---|