Ubahsuai bitumen menggunakan gilsonite /

kajian ini menumpukan kepada penggunaan Gilsonite sebagai bahan pengubahsuaikepada bitumen. ini adalah kerana penggunaan Gilsonite dalam pembinaan jalan di Malaysia adalah suatu perkara baru. Kajian ini adalah terhad kepada ujian-ujian di makmal bagi mengkaji sifat-sifat fizikal sampel bitumen yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 274612 Mat Rodi Junoh
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:kajian ini menumpukan kepada penggunaan Gilsonite sebagai bahan pengubahsuaikepada bitumen. ini adalah kerana penggunaan Gilsonite dalam pembinaan jalan di Malaysia adalah suatu perkara baru. Kajian ini adalah terhad kepada ujian-ujian di makmal bagi mengkaji sifat-sifat fizikal sampel bitumen yang terubahsuai dengan Gilsonite dan membandingkannya dengan sifat bitumen yang tidak diubahsuai. Jenis-jenis ujian makmal yang telah dijalankan adalah ujian penusukan, ujian cincin dan bola, ujian kemuluran dan ujian kehilangan berat akibat pemanasan. Peratus kandungan Gilsonite yang digunakan adalah pada kadar 2,4,6 dan 8 peratus daripada jumlah keseluruhan berat campuran. Tujuan penggunaan peratus yang berbeza ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang pperubahan sifat-sifat bitumen dan juga untuk mendapatkan peratus kandungan Gilsonite yang optimum bagi menghasilkan campuran yang baik. Daripada keputusan ujian-ujian yang telah dijalankan didapati Gilsonite mampu meningkatkan sifat-sifat fizikal bitumen gred penusukan 80/100 seperti meningkatkan nilai penusukan, suhu titik lembut, mengurangkan kehilangan berat akibat pemanasan dan meningkatkan nilai indek Penusukan serta mengekalkan kemuluran, bitumen pada tahap yang memuaskan. Keputusan yang diperolehi dari kajian yang dijalankan ini diharap dapat dijadikan asas kepada kajian lanjut terhadap kesan penggunaan Gilsonite keatas sifat-sifat bitumen.