Kesan beberapa bahan kimia ke atas tanah liat /

Isu pencemaran alam sekitar adalah merupakan perkara yang paling banyak diperkatakan buat masa ini. Sebahagian besar dari pencemaran ini adalah berpunca dari sisa industri dan bahan kimia dimana perhatian dan pengetahuan mendalam diperlukan untuk mengawal punca tersebut. Pergerakan pencemaran didala...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 274706 Mohamad Azman Abu Bakar
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Isu pencemaran alam sekitar adalah merupakan perkara yang paling banyak diperkatakan buat masa ini. Sebahagian besar dari pencemaran ini adalah berpunca dari sisa industri dan bahan kimia dimana perhatian dan pengetahuan mendalam diperlukan untuk mengawal punca tersebut. Pergerakan pencemaran didalam tanah bukan sahaja bergantung kepada ciri-ciri fizikal struktur tanah, tetapi bergantung juga kepada sejauh mana tanah boleh menyimpan dan menyerap bahan cemar merbahaya. keupayaan penyerapan pula bergantung kepada sifat-sifat kimia bahan cemar dan tanah itu sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri penyerapan dan sifat-sifat hidrogeologi tanah liat. Kajian ini adalah penting dijalankan sebelum tanah liat digunakan sebagai bahan pelapis ditapak pelupusan. Kaedah ujikaji ini adalah berdasarkan ujian berkelompok menggunakan alat Kromatografi Gas. Tumpuan adalah kepada mencari keupayaan penyerapan tanah liat berdasarkan bahan kimia tertentu serta sebatian tanah. Umumnya, pekali penyerakan tanah Kd digunakan sebagai jumlah rujukan kebolehserapan tanah liat. Hasil kajian dapatlah disimpulkan bahawa tanah liat mempunyai keupayaan untuk menyerap bahan kimia berdasarkan faktor perlambatan R. Ini menunjukkan tanah liat sesuai digunakan sebagai bahan pelapis ditapak pelupusan.