Pengubahsuaian rekabentuk sebuah tangki penyembur racun jenis sandang belakang: dengan konsep ergonomik/

Projek ini adalah bertujuan untuk mengubahsuai rekabentuk sebuah Tangki Penyembur Racun jenis sandang belakang yang sedia ada kepada ciri-ciri yang lebih ergonomik agar selamat dan selesa semasa digunakan. Objektif kajian ini adalah : 1- mengenal pasti kesan beban terhadap bahagian-bahagian tubuh ak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 278571 Shumshulizam Dahman
Format:
Published: Sekudai: UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Projek ini adalah bertujuan untuk mengubahsuai rekabentuk sebuah Tangki Penyembur Racun jenis sandang belakang yang sedia ada kepada ciri-ciri yang lebih ergonomik agar selamat dan selesa semasa digunakan. Objektif kajian ini adalah : 1- mengenal pasti kesan beban terhadap bahagian-bahagian tubuh akibat penggunaan alatan ini. 2 - Cadangan pengurangan kesakitan pada bahagian tubuh tertentu akibat kesan beban. 3- Mengubahsuai rekabentuk alatan yang sedia ada kepada ciri-ciri yang lebih ergonomik. Penggunaan sering mengalami masalah kecederaan otot dan tidak selesa akibat menggunakan alatan ini dan bahagian utama tubuh yang sering mengalami masalah ini seperti bahu, pinggang dan tangan yang mengendalikan pam. Masalah yang timbul disebabkan oleh faktor aktiviti dalam operasi semburan, jumlah beban alatan, dan rekabentuk alatan. Rekabentuk alatan adalah merupakan faktor utama terhadap masalah ini yang datang dari komponen-komponen alatan. Sebab utama timbulnya masalah ini ialah daya dari tangki hanya tertumpu pada bahagian-bahagian tubuh tertentu. Banyak kaedah kajian dilakukan untuk menjayakan projek ini. Kajian pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti turutan aktiviti dalam operasi semburan dan mengenal pasti komponen alatan yang berkait rapat dengan tubuh pengguna. Kajian Soal Selidik dilakukan terhadap penduduk Felda Bukit Aping Barat untuk mengenal pasti masalah yang timbul. Seterusnya pengukuran terhadap data antropometrik dilakukan kepada pengguna untuk membentuk dimensa rekabentuk baru dan digunakan dalam analisa kajian daya pada tulang belakang. Analisa daya pada tulang belakang dilakukan bagi mencari nilai beban yang selamat dikendalikan oleh pengguna dan seterusnya penilaian terhadap pengaruh rekabentuk alatan yang sedia ada terhadap pengguna dilakukan. Pengubahsuaian rekabentuk baru dilakukan berdasarkan kepada pendekatan ergonomik dengan menggunakan keputusan kajian yang telah dilakukan. Dalam rekabentuk baru daya dari beban diagihkan secara seragam terhadap bahagian tubuh yang terlibat untuk mengurangkan masalah kesakitan pada pinggang dan bahu. Beban yang dihadkan adalah selamat dan selesa untuk dikendalikan seterusnya rekabentuk baru ini dapat meningkatkan kemampuan-kemampuan pengguna melakukan semburan.