Analisis tegasan ke atas vesel tekanan kaca gentian /

Penggunaan bahan rencam di dallam pembuatan barangan semakin meluas dewasa ini. Di dalam bidang kejuruteran, penggunaannya adalah semakin meluas keranaiia mempunyai keistemewaan daripada segi sifat-sifatnya. Vesel storan keistemewaan daripada segi sifat-sifatnya. Vesel storan adalah merupakan salah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 279352 Wan Razali Wan Din
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Penggunaan bahan rencam di dallam pembuatan barangan semakin meluas dewasa ini. Di dalam bidang kejuruteran, penggunaannya adalah semakin meluas keranaiia mempunyai keistemewaan daripada segi sifat-sifatnya. Vesel storan keistemewaan daripada segi sifat-sifatnya. Vesel storan adalah merupakan salah satu alatan kejuruteraan yang penting terutamanya untuk fungsi penyimpanan bahan-bahan cecair seperti air, bahan kimia khususnya bahan toksik dan hampagas, sama ada di industri ataupun kegunaan domestik. Di dalam projek ini, dua vesel storan telah dibuat daripada dua jenis bahan kaca gentian iaitu Woven Rogving (WR) dan Chopped Strand Mat (CSM). Ianya disusun supaya dapat menghasilkan rencaman yang kuat dan kukuh. vesel-vesel tersebut akan diuji untuk menentukan ketahannya menanggung beban iaitu air sebagai media storan dan tekanan dalam yang terhasil dari penambahan isipadu maksimum air kedalam vesel tersebut. Pembikinan vesel adalah berdasarkan kepada kaedah Bengkalai Tangan (Hand Lay-up ) berpandukan Piawai BS 4994 (Edisi 1987 ). Tekanan dalam yang dikenakan bertujuan untuk mendapatkan terikan dan pesongan yang berlaku. Analisis tegasan dilakukan untuk dibuat perabndingan diantara kedua vesel.