Summary: | Kajian ini dibuat bagi mengenalpsti dan menyelesaikan masalah kebisingan dan keselamatan di dalam penggunaan mesin di Bensons Metal Products Sdn Bhd. Untuk masalah kebisingan, ujian-ujian telah dilakukan bagimenilai tahap kesihatan pekerja dari segi pendengaran serta membuat ujian tentan punca, paras, jenis dan zon kebisingan. Ujian menilai paras pendedahan harian pekerja juga dibuat di seksyen-seksyen yang mengalami masalah kritikal. Setelah semua masalah dikenalpasti,cadangan mengenai kaedah-kaedah mengurangkan bunyi bisingdikemukakan secara terperinci terutamanya dari segi kawalan kejuruteraan (cadangan rekabentuk penutup akustik), kawalan pentadbiran dan alat perlindungan pendengaran. Bagi masalah keselamtaan di dalam penggunaan mesin, kajian secara terperinci telah dijalankan terhadap kes, sebab dan akibat dan kos kelamalangan. Cadangan dikemukakan dengan panduan dan kaedah keselamatan yang perlu diamalkan serta langkah-langkah pencegahan kemalangan yang perlu diambil. Semoga dengan cadangan berserta kaedah-kaedah yang telah diutarakan dapat dimanafaatkan oleh pihak pentadbiran Bensons dalam menangani kedua-dua masalah tersebut.
|