Mengkaji kekuatan seramik/

Tesis ini merupakan satu kajian mengenai kekuatan seramik. Jenis seramik yang dipilih ialah dari jenis seramik tahan panas yang dihasilkan dengan mencampurkan serbuk 'Fire Bricks' dan 'Fire Mortar'. Ia dijangka sesuai untuk digunakan didalam situasi yang memerlukan suhu yang ting...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 283188 Rozman Abdullah
Format:
Published: Sekudai: UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Tesis ini merupakan satu kajian mengenai kekuatan seramik. Jenis seramik yang dipilih ialah dari jenis seramik tahan panas yang dihasilkan dengan mencampurkan serbuk 'Fire Bricks' dan 'Fire Mortar'. Ia dijangka sesuai untuk digunakan didalam situasi yang memerlukan suhu yang tinggi. Dalam kajian ini, skop kajian ialah untuk mencari sifat bahan seramik jenis ini terutamanya tahap tertinggi tegasan mampatan. Ini telah dapat dicapai melalui ujikaji dimana nilai tertinggi tegasan mampatan adalah 3.18 MPa yang dicapai menerusi campuran FM - 50% dan FB - 50% yang dipanaskan pada suhu 1200 C. Perbandingan keputusan ujikaji juga dibuat dengan membandingkan nilai parameter yang diperolehi daripada ujikaji dengan jenis seramik yang lain, bahan logam tertentu dan bahan rapuh yang lain seperti konkrit. Didapati keupayaan tegasan mampatan seramik ini berada diantara 1 hingga 3.2 MPa. Beberapa cadangan juga diberi untuk memperbaiki lagi hasil kajian untuk dimanfaatkan oleh pihak yang berminat untuk melanjutkan lagi kajian ini.