Summary: | Perumahan bukan sahaja sebagai satu keperluan asas kepada setiap individu tetapi juga merupakan sektor yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Sektor ini banyak menyediakan menyediakan peluang pekerjaaan sama ada di dlam indsutri ini sendiri dan juga industri sokongan atau hiliran. Di dalam mengukur taraf sosio ekonomi penduduk di sesebuah negara, perumahan juga diambilkira sebagai salah satu elemen. Industri ini telah berkembang pesat sejak merdeka lagi sejajar dengan hasrat dan citi-cita kerajaan untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa dna dilengkapi dengan kemudahan asas. Untuk mencapai matlamat ini adalah mustahil bagi kerajaan untuk bertindak bersendirian kerana banyak tuntutan pembangunan lain yang harus diambilkira. menyedari dengan maka kerajaan menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian di dalam industri ini. Walaupun matlamatnya hampir sama ttapi orientasi kedua-dua pihak adalah berbeza. Di dalam negara demokrasi seperti Malaysia yang mengamalkan sistem pasaran terbuka, rakyat tidak pernah dihalang untuk memeliki rumah mereka sendiri. Namun begitu, terdapat juga undang-undang dan peraturan bai memastikan wujudnya amalan yang sihat di dalam sektor ini. Walaupun pun demikian, masih terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba meraih keuntungan dari jalan yang senang. Antara masalah yang ketara, yang dihadapi oleh pembeli ialah masalah perumahan terbengkalai. Masalah ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pihak yang di ikat oleh undang-undang tetapi juga kepada pihak kerajaan. Menyedari dengan keadaan ini kerajaan cuba berusaha untuk menyelamatkan harta atau aset yang lebih daripada $ 3 billion. Walaupun usaha ini adalah baik, tidak kesemuanya dapat menghasilkan pulangan yang baik kerana terdapat masalah yagn tersendiri. Maka itu, satu cadangan atau alternatif harus dimukakan aar tidak merugikan kesemua pihak yang terlibat. Apa yang penting ialah nasib pengguna terus terbela.
|