Summary: | Skim Amanah harta merupakan satu alat pelaburan yang aktiviti utamanya ialah melabur di dalam pelaburan harta tanah berpotensi tinggi. Ia membolehakan masyarakat pelabur di Malaysia bersama-sama menabung di dalam satu skim seperti ini, dimana wang pelaburan tersebut digunakan oleh pemegang amanah yang menerima nasihat daripada pengurus Tabung Amanah untuk membeli harta tanah berpotensi tinggi. Walaupun terdapat publisiti dan mempunyai operasi rekod selama lebih kurang 3 tahun, skim ini masih lagi tidak berjaya menarik perhatian para pelabur di negara ini. Prestasi semasa skim ini telah mengurangkan kepercayaan para pelabur di dalam Skim Amanah Harta Tanah. Secara dasarnya, kajian ini menitik beratkan pemerhatian keatas skop ciri-ciri strategi pelaburan pengurus skim ini didalam proses mereka menentukan pelaburan harta tanah berpotensi tinggi untuk tabung amanahmereka.Kajian ini menumpukan kepada konsep asas, strategi pelaburan, penentuan prestasi semasa dan faktor penyebab kepada prestasi skim Amanah Harta Tanah yang disenaraikan di bursa Saham Kuala Lumpur. Penggunaan kaedah penelitian prestasi saham dab pelaburan harta tanah telah digunakan di dalam pengkajian ini, bertujuan untuk memformulasikan cadangan supaya prestsi skim amanah harta ini dapat ditingkatkan.
|