Pembentukan organisasi pengurusan portfolio harta tanah Yayasan Pelajaran Johor /

organisasi atau sistem peranan merupakan suatu elemen yang penting dalam rea pengurusan masa kini. Pakar-pakar pengurusan telah membuat kajian mengenai pembangunan organisasi untuk mendapatkan faedah dari perubahan persekitaran.Pembangunan organisasi adalah suatu revolusi ke arah peningkatan mutu pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 288903 Suhaimi Talib
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Subjects:
Description
Summary:organisasi atau sistem peranan merupakan suatu elemen yang penting dalam rea pengurusan masa kini. Pakar-pakar pengurusan telah membuat kajian mengenai pembangunan organisasi untuk mendapatkan faedah dari perubahan persekitaran.Pembangunan organisasi adalah suatu revolusi ke arah peningkatan mutu pengurusan dengan mengenalpasti peranan individu, seksyen, bahagian dan organisasikeseluruhan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Objektif pelaburan harta tanah ialah untuk mendapatkan pulangan maksimum samada dari segi kewangan atau lain-lain melalui penggunaan input yang paling cekap. Selain daripada itu, sebagaimana pelaburan lain risiko perlu diseimbangkan pada kadar yang sanggup diterima oleh pelabur. Analisis sebegini hanya dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersekali di dalam portfolio. Pengurusan portfolio harta tanah yang kompleks dan jumlah nilai yang terlibat menggambarkan keperluan kepada kepakaran dan tugas tersebut akan lebih cekap jika dijalankan oleh sekumpulan pekerja yang khusus dalam bidang berkaitan iaitu dalam bentuk suatu sistem yang tersusun seperti yang jelaskan dalam Bab Duadan Bab Tiga. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) merupakan salah sebuah institusi kerajaan negeri Johor yang sedang bergiat cergas dalam aktiviti pelaburan pelbagai harta tanah sedang mengalami proses perubahan tersebut. Pihak pengurusan telah mengenalpasti bahawa organisasi pengurusan harta tanah tersebut perlu dikaji untuk menuju ke arah sistem pengurusan yang lebih cekap bagi menghadapi persaingan di pasaran. Bab Lima memaparkan kajian kuantitatif dan kualitatif terhadap pengurusan harta tanah YPJ yang akan diterangkan dalam bab Empat. Penyusunan organisasi yang dapat memenuhi objektif pembentukandengan mengambil kira halangan dan sekatan dari segi kos, undang-undang, kepakaran dan kehendak individu serta persekitaran tidaklah semudah yang digambarkan. Ia memerlukan kajian terhadap keperluan, sumbangan, sekatan dan penglibatan semua pihak. Walaubagaimanapun struktur organisasi sebagaimana yang dicadangkan dalam Bab Enam hanyalah sebagai alat yang perlu diintergrasikan antara persekitaran dalaman dan luaran dengan individu dalam organisasi untuk pencapaian yang lebih cemerlang.