Corak pasaran harta tanah kediaman di Johor Bahru /

Pertumbuhan kemajuan ekonomi yang kukuh telah mengakibatkan pembangunan yang pesat berlaku dalam harta tanah, terutamanya dalam harta tanah kediaman. Perkembangan ekonomi yang pesat menambahkan peluang pekerjaan dan meningkatkanpendapatan individu, seterusnya merangsang pasaran harta tanah kediaman....

Ամբողջական նկարագրություն

Մատենագիտական մանրամասներ
Հիմնական հեղինակ: 427970 Tew, Kok Huat
Ձևաչափ:
Հրապարակվել է: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Խորագրեր:
Նկարագրություն
Ամփոփում:Pertumbuhan kemajuan ekonomi yang kukuh telah mengakibatkan pembangunan yang pesat berlaku dalam harta tanah, terutamanya dalam harta tanah kediaman. Perkembangan ekonomi yang pesat menambahkan peluang pekerjaan dan meningkatkanpendapatan individu, seterusnya merangsang pasaran harta tanah kediaman. Inimengakibatkan peningkatan dalam nilai modal dan nilai sewa harta tanah kediaman. Fenomena ini akan menyebabkan pasaran harta tanah dalam keadaan tidak stabil, iaitu mempunyai kadar peningkatan nilai modal yang berbeza. Dengan itu, projek khas ini cuba untuk mengenalpasti dan mengkaji corak peningkatan nilai modal dan nilai sewa mulai tahun 1988 hingga tahun 1992. Pada masa yangsama, mengenalpasti dan mengkaji faktor faktor utama yang mempengaruhi pasaran harta tanah tersebut. Dalam mengenalpasti corak pasaran dan faktor utamayang mempengaruhi harta tanah, kajian adalah dibuat ke atas harta tanah kediaman, iaitu rumah teres setingkat dan dua tingkat di skim-skim perumahan yang terlibat. Di samping itu, soal selidik juga akan dijalankan di skim-skim perumahan tersebut supaya dapat mengkaji lebih lanjut tentang pasaran harta di kawasan kajian.