Sažetak: | Mata pelajaran Teori Teknologi Elektronik adalah mata pelajaran teras bagi kursus elektronik. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang baru bagipara pelajaran yang mengikuti kursus elektronik di Sekolah Menengah Vokasional. Dalam pembelajaran, isi kandungannya banyak menggunakan pendekatan dan kemahiran matematik. Pencapaian kelulusan mata pelajaran Teori Teknologi Elektronik masih rendah dalam lingkungan 50%. Tinjauan ini bertujuan untuk melihat pengaruh matematik terhadap pencapaian, mata pelajaran Teori Teknologi Elektronik. Faktor pengaruh matematik yang ditinjau ialah: (1) Pencapaian gredmatematik peringkat S.R.P. (ii) Pencapaian aggregat pelajar. (iii) Sikap yang bercirikan minat, motivasi dan tingkahlaku dalam pembelajaran matematik. (iv) Kesedaran penggunaan matematik. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah Menengah Lembah Klang, iaitu Sekolah Menengah Vokasional Setapak Kuala Lumpur(S.M.V. Setapak Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Vokasional Klang, Selangor Darul Ehsan (S.M.V. Klang) dan Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan (S.M.V. Sungai Buloh). Responden terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan guru elektronik. Mereka diberi satu set soal selidik untuk dijawab.
|