Rekacipta perisian sistem maklumat pengurusan pelajar sekolah menengah (SMP) /

Sistem maklumat pengurusan pelajar di kebanyakan sekolah menengah pada masa ini dilaksanakan sekian lama oleh kakitangan sekolah dengan cara insani (manual). Kaedah ini telah menimbulkan beberapa masalah pentadbiran dan pengurusan sekolah terutama dalam hal ehwal pelajar. Projek Sarjana Muda ini mer...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 289509 Zainal Mohd. Salleh
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Sistem maklumat pengurusan pelajar di kebanyakan sekolah menengah pada masa ini dilaksanakan sekian lama oleh kakitangan sekolah dengan cara insani (manual). Kaedah ini telah menimbulkan beberapa masalah pentadbiran dan pengurusan sekolah terutama dalam hal ehwal pelajar. Projek Sarjana Muda ini merupakan sebuah rekacipta perisian Sistem Pengurusan maklumat Pelajar yang boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi membantu mengurangkan masalah di atas. Perisian ini direka sebegitu rupa supaya ia boleh menyimpan, menyemak dan mengemaskini butir-butir maklumat pelajar di semua peringkat di sekolah-sekolah menengah. Semua maklumat yang berkaitan disimpan dalam beberapa fail untuk dijadikan sebagai pangkalan data. Arahan untuk melaksanakan tugas dibuat melalui menu utama yang mudah difahami. Setiap maklumat pelajar boleh dicapai semula dengan menggunakan nombor kad pengenalan pelajar. perisian ini juga berkeupayaan mempamerkan data peribadi pelajar untuk kegunaaan sekolah dan mencetak senarai pelajar yang terkandung dalam fail data. Keseluruhan perisian ini direka dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan sistem pangkalan data 'Clipper'. Di akhir projek ini satu tinjauan untuk menguji keberkesanan perisian ini dilakukan terhadap guru-guru di sekolah menengah yang dijadikan model dan pelajar-pelajar UTM.