Summary: | Kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenal pelaksanaan Pengajaran Teknologi Elektrik dengan bantuan alat bantu mengajar, pengajaran, masalah yang dihadapi oleh guru semasa pengajaran dan minat pelajar terhadap pembelajaran. Ada kemungkinan terdapat beberapa kelemahan yang berhubung rapat dengan latar belakang, kelulusan akademik, iktisas, pengkhususan dan pengalaman mengajar. Seramai 128 sampel akan digunakan bagi tujuan kajian ini. Mereka yang terlibat terdiri daripada guru dan pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Vokasional Klang, Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh, Sekolah menengah Vokasional Setapak, Sekolah Menengah Vokasional Alor Gajah dan Sekolah Menengah Vokasional Muar. Pelajar tingkatan empat dipilih memandangkan mereka tidak terlibat dengan sebarang peperiksaan sama ada Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) ataupun Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
|