Pengukuran dan pemetaan corak bunyi (kebisingan) mesin di bengkel kejuruteraan Sekolah Menengah Vokasional Muar Johor Darul Ta'zim/
Kajian ini dilakukan bertujuan mengukur kekuatan bunyi dan melakarkan corak kebisingan yang dikeluarkan oleh empat puluh satu model mesin di bengkel kejuruteraan Sekolah Menengah Vokasional Muar. Bunyi [kebisingan] mesin diukur dengan menggunakan alat pengukur aras bunyi [REALISTIC CAT. NO.42-3019]...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Subjects: |
Summary: | Kajian ini dilakukan bertujuan mengukur kekuatan bunyi dan melakarkan corak kebisingan yang dikeluarkan oleh empat puluh satu model mesin di bengkel kejuruteraan Sekolah Menengah Vokasional Muar. Bunyi [kebisingan] mesin diukur dengan menggunakan alat pengukur aras bunyi [REALISTIC CAT. NO.42-3019] dalam unit desidel pemberatan A (dBA) dan jaraknya diukur dalam meter. Corak kebisingan mesin diperolehi dengan menentukan aras kebisingan yang terkuat iaitu yang paling hampir dengan mesin dan kemudian mengukur jaraknya dari mesin itu. Beberapa lokasi dengan aras kebisingan yang terkuat tadi dicari di sekeliling mesin dan jaraknya diukur. Proses pengukuran di atas bagi aras bunyi yang lain diulang. Daripada kajian ini diketahui kekuatan bunyi empat puluh satu model mesin dan corak kontor kebisingannya. Mesin pencanai tangan telahdikenalpasti mengeluarkan aras kebisingan terkuat iaitu setinggi 112 dBA. Sembilan buah mesin lain telah didapati mengeluarkan kebisingan melebihi 90 dBA dan bengkel terkuat kebisingan mesinnya ialah bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Didapati juga corak kontor kebisingan mesin sesebuah bengkel dan gabungan kebisingan mesin kesmeua bengkel. |
---|