Formability of tin coating quality on steel sheet/
Sadurelektrik timah berterusan, yang menyumbangkan jumlah terbesar bagi pembuatan tin-tin makanan memainkan peranan yang utama dalam industri penyudahan. Untuk memastikan kualiti saduran timah yang terbentuk di atas kepingan keluli memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan kajian sifat-sifat kebole...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai: UTM,
1992
|
Subjects: |
Summary: | Sadurelektrik timah berterusan, yang menyumbangkan jumlah terbesar bagi pembuatan tin-tin makanan memainkan peranan yang utama dalam industri penyudahan. Untuk memastikan kualiti saduran timah yang terbentuk di atas kepingan keluli memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan kajian sifat-sifat kebolehbentukan saduran timah, topografi permukaan dan rintangan kekaratan dijalankan. Kajian ini terbahagi kepada dua iaitu : menganalisa kerosakan pada produk yang dihantar oleh PERSTIMA dan melakukan simulasi sadurelektrik timah di makmal dan seterusnya mengkaji kesan-kesan terhadap sifat mekanikal dengan perubahan beberapa parameter. Ujian yang dijalankan adalah Ujian Tegangan, Ujian Kekerasan dan Ujian Semburan Air Garam. Keputusan ujikaji dan penganalisaan menunjukkan bahawa keadaan asal bahan mentah diikuti dengan tekanan yang diberi oleh penggelek merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya proses pengaratan yang cepat di bahagian yang mengalami proses pembentukan lampau.Dengan perubahan parameter proses didapati bahawa julat optima bagi menghasilkan saduran yang berkulaiti adalah pH 1.2 hingga pH 1.4 semasa fluxing, 70C hingga 80 C semasa proses kuenc dan ketumpatan arus dengan julat 2.0 A/dm2hingga 6.0 A/dm2. Didapati parameter yang lain tidak begitu mempengaruhi hasil saduran. |
---|