Cadangan laluan pejalan kaki Jalan Tuanku Abdul Rahman/

Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah merupakan salah satu kawasan perdagangan besar bagi kota Kuala Lumpur. Kawasan ini makin berkembang dari masa ke semasa, baik dari segi aktiviti-aktiviti perniagaan maupun dengan kegiatan-kegiatan pembangunan yang sedang giat dijalankan di kawasan ini. Ini menyebabka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 449663 Hafizah Fahmi Bustami Kamal
Format:
Subjects:
Description
Summary:Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah merupakan salah satu kawasan perdagangan besar bagi kota Kuala Lumpur. Kawasan ini makin berkembang dari masa ke semasa, baik dari segi aktiviti-aktiviti perniagaan maupun dengan kegiatan-kegiatan pembangunan yang sedang giat dijalankan di kawasan ini. Ini menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai, baik mereka-mereka yang berjalan kaki maupun mereka-mereka yang menaiki kenderaan. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada kawasan tersebut, yaitu masalah kesesakan lalu-lintas, baik lalu-lintas pejalan kaki maupun lalu-lintas kenderaan. Hal ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi kurang selesa dan aman. Banyak implikasi-implikasi atau kesan-kesan yang negatif timbul oleh keadaan kesesakan ini. Hal ini lebih-lebih lagi dirasakan oleh pejalan kaki yang menggunakan jalan tersebut, baik dari segi keselamatan. Padatnya kenderaan yang melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ini dan besarnya bilangan pejalan kaki, hampir tidak ada pemisahan diantara keduanya. Inilah yang menjadi masalah utama pengguna-pengguna jalan ini. Disamping itu masalah juga timbul akibat daripada pembangunan yang sering mengesampingkan nilai-nilai landskap. Keadaan sekeliling Jalan Tuanku Abdul Rahman ini menjadi seperti hutan-hutan konkrit, tidak terdapat sebarang usaha untuk melandskapkan jalan ini. Ini menyebabkan keadaan di jalan ini begitu kaku dan 'monotonous'. Salah satu cara untuk mengatasi masalah-masalah yang ujud di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, adalah dengan menukarkan corak penggunaan laluan di kawasan ini. Dalam mengubah corak laluan di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini, pejalan-pejalan kaki adalah diberi keutamaan. Jalan Tuanku Abdul Rahman ini adalah dicadangkan untuk dijadikan 'laluan pejalan kaki'. Dengan adanya laluan pejalan kaki ini, ianya akan dapat mengurangkan kesesakan di jalan ini, baik kesesakan lalu-lintas kenderaan maupun kesesakan lalu-lintas pejalan kaki.