Summary: | Kuala LUmpur, ibukota Malaysia adalah pusat penumpuan segala aktiviti. Pembangunannya yang pesat juga adalah menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik. Oleh kerana itu juga, perancangan yang baik bagi bandar Kuala Lumpur adalah perlu supaya pembangunan akan dapat terus dijalankan. Berbagai-bagai perubahan telah dijalankan seperti pembinaan sistem pengangkutan Laluan Transit Rignan dan sebagainya, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menaikkan taraf bandar ini. Pembangunan semula bandar juga adalah merupakan salah satu program bagi membangunkan bandar Kuala Lumpur. Didalam program ini, kawasan-kawasan yang usang dan kurang ekonomi akan diubah gunaan sedia ada kepada satu bentuk guna tanah yang lebih baik. Menyedari hakikat itu, dalam kajian ini penulis telah memilih kawasan perumahan kerajaan Jalan Davis sebagai kawasan kajian bagi program pembangunan semula bandar. Cadangan pembangunan adalah berdasarkan analisis pasaran harta tanah, polisi semasa dan kajian sosioekonomi. Selain dari itu pandangan para professional yang berpengetahuan mengenai kawasan tersebut juga akan diambilkira disamping corak pembangunan kawasan sekitar dan faktor perancangan. Berdasarkan analisis kajian, satu pelan konsep dengan rasional tertentu disediakan bagi cadangan pembangunan semula kawasan tersebut.
|