Pembaikan, pembaharuan dan pemulihan Wisma Saberkas : satu pendekatan pemasaran/

Wisma Saberkas merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Sarawak. Jumlah keluasan ruang perniagaannya adalah 19.500m2. Tetapi kadar penghuniannyahanya berada pada tahap 62.3% pada akhir tahun 1990. Ini bermakna 7352m2 ruang perniagaannya masih berkosongan. Ruang perniagaan yang berkosongan inia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 320414 Ng, Shou Guan
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Wisma Saberkas merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Sarawak. Jumlah keluasan ruang perniagaannya adalah 19.500m2. Tetapi kadar penghuniannyahanya berada pada tahap 62.3% pada akhir tahun 1990. Ini bermakna 7352m2 ruang perniagaannya masih berkosongan. Ruang perniagaan yang berkosongan iniadalah lebih besar daripada ruang perniagaan pusat membeli-belah yang kedua besar di Kucing - Sarawak Plaza (6645m2). Objektif dissertasi ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kadar penghunian yang rendah ini. Satu analisi juga akan dijalankan supaya sejauhmana setiap faktor ini mempengaruhi keadaan di atas dapat diketahui. Akhir sekali, satu skim pembaikan, pembaharuan dan pemulihan akan dicadangkan berdasarkan kajian pasaranyang dijalankan dan pasaran sasaran yang ditetapkan. Skop kajian dissertasi ini adalah tidak terhad kepada Wisma Saberkas sahaja. Sebenarnya, pusat membeli-belahseperti Kompleks Tun Abdul Razak (Pulau Pinang), Kompleks Kotaraya ( Kuala Lumpur), Sarawak Plaza (Kuching) dan lain-lain juga turut dikaji supaya perbandingan dari lain-lain juga turut dikaji supaya perbandingan dari aspek aksesibiliti, rekabentuk dan pengurusan boleh dibuat. Tambahan pula, pengalamanpusat membeli-belah yang pernah menjalankan skim pembaikan, pembaharuan danpemulihan pula dapat membantu pembentukan skim pembaikan , pembaharuan dan pemulihan Wisma Saberkas. Di antara faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai faktor yang mewujudkan kesan negatif kepada ekonomi Wisma Sab adalah masalah eksesibiliti, tatatur lot-lot kedai dan rekabentuk medan letak kereta. Faktor aksesibiliti adalah tidak dapat diperbaiki kerana ia melibatkan sistem pengangkutan awam manakala tatatur lot-lot kedai dan rekabentuk medan letak kereta telah diubahsuaikan, cineplex dan coffee garden telah dicadangkan supaya ia dilaksanakan untuk menambah daya tarikan Wisma Saberkas, kerja-kerja lanskap juga merupakan sebahagian daripada skim ini kerana iamerupakan elemen yang penting dalam membentukkan imej baru Wisma Saberkas.