Penggunaan SMM7 di dalam industri binaan /

SMM memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja pengukuran binaan bangunan dan kejuruteraan awam. Skop kajian disertasi ini hanya meliputi kerja-kerja binaan bangunan dan memberikan tumpuan kepada penggalian, tukang batadan tukang konkrit. Ketiga-tiga butiran pertukangan ini merupakan yang p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 188054 Nor Aida Mohd Sapiai
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:SMM memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja pengukuran binaan bangunan dan kejuruteraan awam. Skop kajian disertasi ini hanya meliputi kerja-kerja binaan bangunan dan memberikan tumpuan kepada penggalian, tukang batadan tukang konkrit. Ketiga-tiga butiran pertukangan ini merupakan yang paling penting di dalam kerja-kerja pembinaan. Merujuk kepada sejarah, tujuan SMMditerbitkan adalah untuk memberikan satu kaedah pengukuran piawai supaya memudahkan penggunaan Dokumen Senarai Kuantiti kerana skop kerja bagi sesuatu item dapat diketahui. Peranan SMM telah diperakui oleh dunia; buktinya, banyak negara telah mengadakan SMM bagi kegunaan negara masing-masing. SMM di UK sentiasa diperbaharui. Kini, UK telah mempunyai SMM7. Layout SMM7 dibuat dalam bentuk baris lajur. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan satu kaedah pengukuran yang mudah dan ringkas. SMM di Malaysia masih menggunakan edisi yang dikeluarkan pada tahun 1960 dan ditukarkan ke unit metrik pada tahun 1976. Jadi, dirasakan ia terlalu lama dan kajian perlu dibuat untuk menggunakan SMM7 di dalam industri pembinaan diMalaysia. Faktor-faktor yang perlu diteliti untuk melihat keberkesanan penggunaan SMM di Malaysia ialah seperti faktor masa, kos dan kualiti. Banyak faktor yang memungkinkan penggunaan SMM7 di Malaysia. Diantaranya ialah: pembangunan industri pembinaan yang pesat, perubahan teknologi binaan, penggunaan bahan-bahan binaan baru dan penggunaan loji serta mesin yang canggih. Daripada kajian ini, diharapkan SMM7 dapat dipraktikkan di dalam industri pembinaan di Malaysia. Satu komiti perlu dibentuk untuk membuat kajian bagi menggunakan SMM7 tersebut. Komiti yang dirasakan sesuai untuk membuat kajian bagi pengubalan SMM yang sedia ada di Malaysia adalah dari pihak ISM, JKR, perunding ukur bahan, kontraktor dan ahli akedemik.