সংক্ষিপ্ত: | Keperluan teknik untuk membuat anggaran yang lebih tepat dan cepat amat terserlah sekali dewasa ini. Kemajuan yang dicapai dalam industri binaan akibat dari perkembangan sistem maklumat dan penemuan teknologi baru, menyebabkan pelanggan-pelanggan dalam industri binaan mahukan maklumat kos, mengenai sesuatu projek dengan lebih cepat dan tepat. Oendekatan kepada kajian ini merupakan satu pendedahan baru terhadap teknik membuat anggaran dengan membenarkankos projek dikenal pasti melalui bilangan item yang sedikit sahaja. Anggaran kos projek boleh dibuat berasaskan prinsip kos item signifikan, iaitu berdasarkan kos model yang dibentuk melalui 'Cost Significant Work Package'. Melalui kajian yang telah dijalankan ke atas tiga puluh buah projek binaan jambatan jenis konkrit rasuk pretegasan, didapati 83% dari kos projek adalah disumbangkan oleh 22% bilangan item yang signifikan. Kajian telah dilakukan dengan membuat analisa ke atas senarai kuantiti-senarai kuantiti yang digunakandalam projek berkenaan. hasil dari analisa yang dilakukan, dikenal pasti terdapat lebih kurang tujuh item yang signifikan di dalam kebanyakan projek binaan jambatan. Berdasarkan item signifikan tersebut, satu kos model telah dibentuk yang dikenali sebagai pakej kerja item signifikan, di mana setelah diuji ketepatannya berbanding denga kos senarai kuantiti sisihan piawainya adalah sebanyak 4%.
|