Masalah-masalah dan kesan kawalan pembangunan harta tanah perdagangan : kes kajian : kawasan perancangan pusat, Johor Bahru /

Kawalan pembangunan merupakan satu kaedah, peraturan dan garispanduan yang lengkap dan menyeluruh yang diamalkan oleh sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan didalam mengawal pembangunan bandar untuk menghasilkan satu susunatur yang seimbang berkaitan dengan keseimbangan sosial, ekonomi dan politik. Pihak b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 463241 Sinnasamy Raman
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Kawalan pembangunan merupakan satu kaedah, peraturan dan garispanduan yang lengkap dan menyeluruh yang diamalkan oleh sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan didalam mengawal pembangunan bandar untuk menghasilkan satu susunatur yang seimbang berkaitan dengan keseimbangan sosial, ekonomi dan politik. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab didalam menyusun dan mengatur gunatanah haruslah mengambil langkah-langkah positif dan berkesan untuk mengawal pembangunan dikawasan bandar. Biasanya pihak berkuasa tempatan mengawal segala pembangunan yang dirancangkan dengan menggunakan alat-alat pengawalan seperti pelan-pelan pembangunan, perundangan perancangan, piawaian perancangan, kaedah-kaedah perancangan dan sebagainya. Dimana kegagalan kawalan pembangunan pada jangkapanjang menyebabkan pembangunan kawasan bandar menghadapi masalah-masalah seperti kesesakan lalulintas, kekurangan tempat letak kereta, kesihatan, keselamatan, pencahayaan, pemcemaran dan sebagainya. Projek khas ini ditumpukan kepada Kawasan Perancangan Pusat (KPP). Johor bahru, dimana ianya merupakan kawasan yang mengalami perkembangan yang pesat dan tumpuan semua aktiviti terutamanya aktiviti perdagangan. Maka projek khas ini cuba mengkaji keberkesanan sistem kawalan pembangunan harta tanah perdagangan disini dengan mengenalpasti masalah-masalah dan kesan sistem kawalan serta mengemukakan cadangan-cadangan yang sesuai untuk mengurangkannya pada takat yang minima.