Summary: | Perpustakaan merupakan salah sebuah sumber ilmu yang pesat berkembang.Hampir setiap sekolah mempunyai perpustakaan sekarang, tetapi perkhidmatanyang diberikan tidak memuaskan hati. Oleh kerana itu projek ini adalahbertujuan untuk menghasilkan suatu perisian komputer yang dapat mengurangkanbeban kerja para pustakawan sekolah disamping menambahkan kecekapan pengendalian perpustakaan sekolah.Bagi mencapai tujuan ini, perisian yang dihasilkan adalah dibina denganmenggunakan bahasa Pascal. bahasa Pascal digunakan kerana ia merupakansuatu bahasa pengatur-caraan yang berstruktur, sesuai untuk tujuan saintifikkerana ia membolehkan kita membuat rekursi, menggunakan pointer di dalamingatan dan akhir sekali pengkompil pascal mengambil ruang yang sedikitdalam ingatan.Perisian ini dibina supaya dapat melakukan proses kemasukkan data peribadidan buku dimana data-data ini hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.Pengemaskinian dan penghapusan data-data ini dilakukan dengan mudah.Pengiraan denda adalah mudah dan disediakan taburan kekerapan peminjaman.Perisian yang dihasilkan mempunyai beberapa limitasi iaitu ia hanya untukdigunakan diperpustakaan sekolah dan bukan diperpustakaan besar, penggunahanya boleh meminjam sebanyak dua buah buku sahaja dan pengiraan dendaperlu dikira secara manual kecuali penjumlahan denda dilakukan oleh komputer
|