Konsep amanah harta tanah di Malaysia dan pendekatannya : kes kajian : Amanah Harta Tanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) /

Skim amanah harta tanah merupakan satu alternatif pelaburan yang baru diperkenalkan di Malaysia. Pelaburan dalam skim ini adalah tertumpu kepada bidang harta tanah khususnya harta tanah perumahan, perdagangan dan perindustrian. Secara amnya, skim pelaburan ini merupakan pengumpulan modal atau wang d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 325172 Nasrudin Mohd. Salleh
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Skim amanah harta tanah merupakan satu alternatif pelaburan yang baru diperkenalkan di Malaysia. Pelaburan dalam skim ini adalah tertumpu kepada bidang harta tanah khususnya harta tanah perumahan, perdagangan dan perindustrian. Secara amnya, skim pelaburan ini merupakan pengumpulan modal atau wang dari para pelabur ke dalam satu tabung bagi mewakili satu harta tanah terpilih. Dalam pengurusan skim amanah harta tanah terdapat terdapat tiga pihak utama yang terlibat yang terdiri daripada pemegang amanah, pihak pengurusan dan para pelabur sendiri. Penulis projek khas ini bertujuan untuk menjelaskan konsep pelaburan serta melihat skim amanah harta tanah sebagai alternatif pelaburan terpilih yang terdapat di pasaran. Dalam menjelaskan objektif penulis, penulis telah memilih skim Amanah Harta Tanah PNB sebagai rujukan. Bab satu ditumpukan kepada latar belakang sejarah skim amanah harta tanah sebagai alternatif pelaburan dan menyentuh mengenai skop dan methodologi kajian yang akan dijalankan. Bab dua adalah ditumpukan kepada aspek-aspek seperti definisi dan ciri-ciri pelaburan secara amnya. Dalam bab ini, sumber-sumber pelaburan, keputusan melabur serta risiko dan pulangan pelaburan juga akan disentuh oleh penulis. Bab tiga memperkenalkan skim amanah harta tanah yang kini sedang dipraktiskan di negara ini. Kandungan bab ini akan menyentuh mengenai konsep, pembentukan, kawalan, struktur organisasi serta juga kategori amanah harta tanah yang kini terdapat di Malaysia. Bab empat membincangkan amanah harta tanah sebagai alternatif pelaburan. Dalam bab ini, aspek-aspek yang berkaitan dengan kategori pelaburan, sifat-sifat pelaburan skim amanah harta tanah, pulangan dan perbandingan pulangan dari skim amanah harta tanah berbanding dengan alternatif pelaburan terpilih akan dibuat.Bab lima adalah tertumpu dengan lebih jelas mengenai Skim Amanah Harta Tanah PNB khususnya. Struktur organisasi, konsep, matlamat pelaburan, kaedah melabur serta prestasi pelaburan dalam skim Amanah Harta Tanah PNB akan dikaji dengan lebih jelas lagi. Akhir sekali, kesimpulan dan cadangan akan disentuh khususnya dalam melihat prospek pelaburan skim amanah harta tanah sebagai satu alternatif pelaburan yang baru di negara ini.