Sistem pengkuantitian data untuk analisis regresi : kes kajian : rumah teres dua tingkat /

Penggunaan Analisis Regresi dalam bidang penilaian masih belum pernah dicuba dalam negara ini walaupun ia telah digunakan secara meluas dan berjaya di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Secara am, Analisis Regresi merupakan satu analisis statistik yang menerangkan hub...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 327008 Tang, Yong Teck
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Subjects:
Description
Summary:Penggunaan Analisis Regresi dalam bidang penilaian masih belum pernah dicuba dalam negara ini walaupun ia telah digunakan secara meluas dan berjaya di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Secara am, Analisis Regresi merupakan satu analisis statistik yang menerangkan hubungan di antara satu atau sekumpulan pembolehubah bebas terhadap satu pembolehubah bersandar. Pembolehubah bebas merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah manakala pembolehubah bersandar merupakan nilai harta tanah. Salah satu elemen penting dalam analisis ini adalah pengkuantitian data. Memandangkan tidak ada kajian yang pernah dijalankan untuk melihat sistem yang boleh digunakan dalam mengkuantitikan data untuk Analisis Regrasi, kertas kajian ini telah disediakan untuk mengkaji beberapa sistem pengkuantitian data yang boleh digunakan. Sistem-sistem tersebut adalah berasaskan kepada kaedah nilai sebenar, kaedah "dummy", kaedah perangkatan markah, kaedah pengekod dan kaedah grid penaksiran kualiti. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa setiap sistem mempunyai batasannya. Dengan itu, pemilihan mana-mana sistem untuk digunakan adalah bergantung kepada keadaan sesuatu kes.